Saturday 20 January 2018

Gadget membawa padah!!

Budak2 sekarang dah pandai bergaya begedik bersosial bergame tak kurang jugak dah pandai bercinta pulak tu 😂😂 aku bukan apa beb,  aku pernah tanya sorang wanita bergelar ibu ni...

"wah!!!,  pandainya anak akak main handphone siap bukak youtube lagi yerr??!!!! ""

Dengan bangga dia jawab!!

"Eh,akak tak ajar.. Dia boleh sendiri.. Dia tekan2 je dah boleh.. ""

"wah pandai betul!!  Kalau kau tak ajar kalau kau tak bagi. Camne dia leh main smpai pandai kan?? Nak bangga pon agak2 la  😒

Lepas tu kan... Aku pergi la satu pusat spa  berurut tu.. Saja nak urut kaki bagi release2 gitewwww😁😁😁😁!!!  Then sambil tunggu my mom and my husband aku main la dengan dua orang budak ni akak dan adik... umur lebih kurang  7 tahun dan setahun lebih...

Nak tau tak??  Yang  budak 7tahun ni pon dah pndai bercinta beb!!

"akak kitteww ada suka kwan kitteww..satu kelas tawww!  Dia baik sangat.. Hensem.. Kitteww suka sangattt"""

Erkkk!! Aku rasa mungkin sebab dia budak2 lagi kot haha yela sekarangkan orang bercinta kan over...so budak2 jadi terikut2 kot agaknye aku pon cakap la.. Yang dia tu msih jauh perjalanan lagi dan masih budak kena tumpu belajar dulu.. Tau dia cakap apa lagi??  Dia cakap lelaki dia suka tu cemburu tak  boleh tengok dia sembang dengan laki lain hehe.. 😂😂😂😂

Lwak kan???  Sapa pernah camni?!? Dlu2 kecik2 haha

Memang kelakar.. 😳 tapi apa2 pun ibubapa kena pantau anak2 sebab baru2 ni pun dah tular tau budak 12 tahun mengandung beb!!  Bab2 seks ni dah pandai dah.. Kena pantau anak-anak.. Zaman sekarang zaman paling mencabar dengan gadget2 yang ada memang cangg8h  tu menyenangkan tapi bawak padah... Kalau dulu orang cakap perempuan kalau tak keluar rumah tu kira selamat.. Tapi sekarang tak keluar ke keluar ke sama aje.. Paham2 la yer.. 😥  semoga kita semua dijauhkan dari semua benda yang tak diingini...

#sajatulis
#nakbacabacaje
#kakiviral

Friday 15 December 2017

Kisahku di uitm

Dulu mula2 aku apply uitm tu.. Aku tak sangka aku akan dapat jugak tapi paling lawaknya kos yang aku dapat tu sama pulak dengan membe aku sebelumnya haha kalau nak diikutkan hati aku sebenarnya tak nak pon masuk  ni sebab aku nak teruskan pelajaran di tingkatan 6.  Tapi mak aku beria2 nak aku masuk yelah ibu mana kan tak bangga anaknya nak sambung belajar kat universiti, aku turutkan saja pada aku mungkin ada hikmah kenapa mak aku suruh aku masuk,pada awalnya aku dah belek surat tawaran tu sudah ku jangka kos yang aku dapat tu sama dengan membe aku, " SAINS GEOMATIK"  aku sendiri tak tahu kos tu macam mana aku pun apalagi buka *netbook 1 malaysia* yang aku dapat tu haha, aku punyalah search *ENCIK GOOGLE* tapi yang keluar semua blog yang ceritakan pasal calculus perghh korang tau calculus tu     susah!!!  Tapi bagi orang macam aku la kan?!  Haha,  tapi sebenarnya kos tu pasal tanah *UKUR TANAH*!! walaupun aku tak paham aku buat2 faham jela haha.  Tapi tidak mengapa aku teruskan jugak untuk terima tawaran tu,  aku excited gila wehh nak. Masuk universiti  nak jumpa macam-macam orang kat sana aku dah bayangkan masuk universiti  ni macam dalam drama tu indahnya.  Aku dapat apply uitm ni pun sebab kawan aku sendiri,

''fatinnnn, kami dapat tawaran masuk uitm!!!! " terkinja2 aku punyalah excited.

" wahhhh,  tahniahh!!  Syiqin kami pon dapat", betapa senangnya aku kami berdua dapat. Tapi sayangnya kampus aku dan dia tak sama.

Akhirnya fatin kawan aku buat keputusan untuk terus dalam tingkatan 6, aku??  Haha.. Aku pulak teruskan dengan diploma jurusan aku tu. Pada awalnya aku fikir belajar di universiti ni seperti dalam drama yang selalu aku tengok tu tapi sebenarnya  tidak!  Namun begitu tidak mengapa bagiku kerana niat aku datang belajar kerana ingin memenuhi permintaan  ibuku dan aku sendiri nak cuba pengalaman baru dan halaman baru. Haa part tu  nanti aku cerita. Byk weh dugaan ni.

Next---->> kisahku di utim 2

Ok sambung part dua kisah aku di uitm,
    Pada awalnya aku betul-betul gembira dapat daftar di uitm ni iaitu uitm arau, perlis.universiti yang aku dapat ni tak lah jauh dari rumah aku kedah dan perlis  hanya 45 minit sudah sampai. So, aku tak lah berjauhan sangat dengan family aku sebab aku ni tak pernah berpisah berjauhan  daripada  family aku ini pertama kali aku berjauhan dan tinggal di asrama haha. Nak dijadikan cerita masa mula-mula aku masuk daftar perasaan aku sudah mulai gementar kerana banyak onak yang bermain difikiranku aku pasti akan sedih dan berasa janggal kerana aku takut bagaimana harus aku mulakan perkenalan aku di tempat baru ini dan bagaimana harus aku sesuaikan diri. Pada awalnya aku sudah berjanji dengan beberapa rakanku yang juga dapat uitm arau perlis ini untuk pergi bersama dan sepakat untuk tinggal sebilik. Tapi biasalah janji melayu aku lambat sikit sahaja dorang dah daftar dulu tidak mengapalah aku biarkan sahaja mereka daftar dulu dan masuk bilik dahulu dan aku akan menyusul kemudian tapi takdir kata lain sepatutnya aku sebilik dengan rakan-rakanku yang lain tapi mungkin aku perlu berkenalan dengan orang baru agaknya, aku dapat bilik betul-betul depan tangga laluan orang ramai, ibuku sudah bertungkus lumus berjumpa dan meminta pada pihak pngurusan agar aku boleh sebilik dengan rakan-rakanku namun aku berkata pada ibuku tak usahlah berbuat demikian kerana aku yakin aku boleh sebilik dengan rakan-rakan yang tidak ku kenal, ibuku hanya menuriti sahaja kerana dia hanya ikutkan aku sahaja.
   Setelah selesai pendaftaran aku sudah mula rasa seram sejuk sebab nak jumpa orang baru dan bakal berpisah dengan ibuku perasaanku bercampur baur ketika itu, yang paling aku bersyukur mujurlah bilik aku ni berada di tingkat satu kerana mungkin aku datang awal. Namun begitu, kenapa tidak bilik bawah bukankah lagi senang bukan??. Walhal  bilik bawah semua sudah ada penghuni rata-rata penghuninya datang dari jauh kebanyakkannya dari sebelah pantai timur mereka datang lebih awal sehari dibandingkan dengan yang utara ni.. aku??  Haha nasib aku baik kerana aku datang awal walaupun bukan yang paling awal, itu pun aku sempat sesat bersama ibuku kerana uitm arau ni begitu luas jika pertama kali masuk dan berbelok-belok dengan bangunan-bangunan yang mengelirukan mujur sahaja ada penanda arah namun tetapi aku dan ibuku tetap sesat!! kolej kediaman uitm ni taklah begitu tinggi paling atas hanyalah tingkat empat, namun  perjalanan untuk keluar pasti memakan masa dan terasa begitu jauh dengan berbukit bukau pasti terasa penat dan lelah jika tidak biasa lagi terhadap situasi ini.Ok selesai sesi mengemas barang aku dapat katil atas, dalam bilik tu boleh muat 4 orang dua katil bertingkat kipas atas betul2 buat aku rasa seram aku terus terpikir macam dalam cerita final destinastion tu kalau aku berdiri sikit sahaja apa yang akan berlaku agaknya.

''Adik, mama balik dulu nah kenal-kenal la dengan kawan-kawan ni nah'' itulah pesan ibuku padaku memang ibuku gelar aku adik walaupun aku ada empat orang lagi adik mungkin sahaja kerana mengira akulah yang paling akhir waktu itu. Perasaanku jadi sedih ibuku sudah bersiap untuk pulang ke rumah meskipun jarak rumahku mengambil masa sejam. Namun,  aku rasa sedih dan takut bila berjauhan dari ibuku tetapi aku sangkalkan perasaan tersebut aku gembirakan hati aku dengan senyuman kerana perasaan excited aku masih membuak-buak. Selesai sahaja aku bersalam bercium peluk ibuku dan juga adikku aku sambil ibuku mengusikku.

"Nak nangis ka tu?? Adik takpa ka ni mama dah nak p dah... '' kata ibuku dengan nada gurau.

"Takpa mama adik ok, jawabku sambil tersipu malu, padahal dalam hati aduh aku tak nak duduk sini!.

"Adik betui ka ok tu macam nak nangis ja,"kata ibuku yelah semua ibu pasti dapat membaca perasaan anaknya.

"Adik ok mama jangan risau mama jaga kesihatan" kataku sambil menasihati kerana aku begitu sayang ibuku.

"Adik jaga diri baik-baik belajar elok-elok ada apa2 tepon mama noh...'' Pesan ibuku dengan nada sedih aku tahu ibuku juga sedih, yelah aku orang pertama masuk universiti  sebab kakak aku sambung tingkatan 6 konon nya aku hendak ikut jejaknya, namun ibuku menyuruh aku masuk universiti ini.

Selesai bersalaman dan berpelukan aku melambai tangan dengan rasa sedih, aku pon  mengatur langkah masuk ke bilik.  Setibanya aku di bilik aku melihat semua masing-masing buat hal sendiri ada yang masih menangis kerana terpaksa berpisah dengan kedua orang tua mereka aku cuba perkenalkan diri aku, walaupun pada awalnya aku agak kekok namun aku beranikan diri untuk berkenalan dengan mereka kerana akulah orang yang paling banyak  cakap dalam tu mesti akulah yang banyak ajukan soalan, setiap,orang aku tanya dari manakah macam mana ke sini itulah inilah sehinggalah suasana menjadi riuh dengan sesi perkenalan kali pertama. Selesai semua bermulalah sesi orintasi aku pada keesokkan harinya orintasi bermula berlanjutan selama tujuh hari. aku terpaksa bangun pagi-pagi buta kerana kakak SENIOR yang kejutkan  sudah la aku tidur lewat tak boleh lelap maklumlah tempat baru suasana baru,sepanjang perjalanan orintasi aku rasa aku terlalu excited, dengan semua orang aku nak kenal dan sebenarnya semua kaum bumi putra kat uitm ni yang paling best aku kenal dengan orang sabah kata mereka ramai yang tidak faham bila mereka bebicara tapi tidak aku sebab aku memang lahir kat sana rindu nak cakap slang sana, kat uitm ni tak ada bangsa asing pun itu pun aku excited, orintasi berjalan lancar banyak akak-akak dan abang-abang facy tu yang handle budak-budak baru masuk macam aku ni, kebanyakkan mereka sudah habis sem best aku tengok mereka semua dah lepas aku pulak baru nak mula langkah erm.. macam-macam ragam dan perngai aku tengok ada yang acah-acah tegas kerek over semualah yang tak boleh belah acah-acah garang siap jerit-jerit menengking mengalahkan kopral dah aku tengok!, aku pun pernah tekena tempias kerana dituduh kurang ajar sedangkan niat aku ingin membantu yelah bila mereka lupa siapa mereka dan rasa diri berkuasa aku memang tak berapa suka dengan dorang yang jadi facy ni kalau latihan polis memang nak jadi polis atau askar tak apalah jugak! Tegas ada tempatnya. semuanya berlagak senior aku bertekad pada diri aku tak nak jadi senior macam tu kelak, kasihan adik2 yang baru masuk siapa kita nak mendongak ke atas tanpa melihat diri kita berasal dari bawah. semasa sesi orintasi aku selalu sahaja mengantuk malas hendak aku dengar sampai satu hari aku betul-betul leka pasal "neck tile lelaki" dalam aku tak sedar aku hairan kenapa semua angkat tangan lalu aku pun angkat sekali padahal itu hanya untuk lelaki!! Aku ditertawakan lalu salah seorang dari abang facy memanggilku ke depan aku betul2 rasa malu kalau ikutkan hati nak sahaja aku lari dari situ namun setelah aku dipanggil aku masih berkeras hendak turun lalu kakak facy yang lain seperti ingin memaksaku turun dan aku terus turun dan didepan aku disuruh perkenalkan diri namun aku kesal rupanya dalam aku tidak  sengaja ada yang tidak puasa hati rupanya ada yang merasa aku hanya ingin menjadi budak hot dan terkenal aku dapat tahu semua ni setelah beberapa sem haha!! sedangkan orang tak tahu pun betapa aku malu dan aku menyesal sebab aku selalu tidur mungkin itulah pengajarannya sejak itu memang ramai yang mengenaliku walaupun ada yang beranggapan  buruk terhadaku namun aku biarkan sahaja itu hak mereka. aku masih menghitung hari bilakah berkhirnya orintasi selama 7hari ni rasa lama sangat banyak yang telah di ajar beberapa lecturer yang akan memberi ceramah pelbagai panduan dan peraturan diajar dan harus diikut,  padahal awal-awal sahaja seperti itu, pasti semua peraturan diikut namun jika sudah masuk beberapa sem sudah tentu semua peraturan sudah lupa. kita pulak jadi "" SENIOR"" budak-budak junior je yang baik macam aku mula-mula masuk.  Sesi orintasi tamat semuanya sudah selesai didaftar dan jadual diberikan serta pengenalan tentang kos yang aku ambil ini juga selesai, maka bermulalah episod dimana perjalanan aku sebagai seorang pelajar IPT aku betul-betul teruja sebab aku bebas dari orintasi kini aku berbaju kurung dengan mengantungkan kad matrik aku tu punya lah aku bangga memang macam dalam drama aku tengok dengan pegang buku dan fail tak perlu lagi galas2 bag bagai macam sekolah menengah  dulu. Sebelum itu aku sempat mengenali sahabatku semasa hari last orintasi aku dan dia berkenalan dia berasal dari Kuala Lumpur nama dia ashat aku memang sekelas dengannya, pagi-pagi kelas sudah start pada pukul 8 lebih aku sudah siap dan aku pergi bersama dengannya untuk kelas pertama namun aku tidak sangka akan terjadinya pembubaran jadual nasib  baik kelas pertama selesai tak banyak pun belajar, hanyalah sesi pengenalan aku betul-betul tak menyangka rupanya universiti  ni tak sama dengan belajar di sekolah dahulu dapat sahaja jadual kelas pada mulanya aku dah pening dengan nombor bilik dan nama bangunan, orang yang dah dua tahun pun masih keliru inikan aku yang baru pertama kali! habis semua orang  aku  tanya bukan senang nak cari kelas tak macam masa sekolah dulu kelas tu sahaja  selama setahun tak berubah tapi dekat universiti  ni setiap subjek lain-lain kelas bukannya dekat malah jauh"!! lagi-lagi jarak masa yang pendek maka aku perlu exercise setiap hari untuk ke kelas dari kolej kediaman sahaja  aku dah termengah-mengah. Kedudukan kelas bukanlah statik!  kita perlu berjalan untuk mencari kelas memang makan masa kalau bangun lewat mesti tak sempat nak sampai ke kelas jarak kolej kediaman ke bangunan kelas memang jauh dengan berbukit-bukit aku pasti kurus kalau macam ini setiap hari. Waktu kedua subjek aku bermula aku dan rakanku bermundar mandir mencari kelas habis semua blok aku pergi dan setiap kelas aku jengah sehinggalah aku dan dia membuat keputusan untuk balik ke kolej, sepanjang perjalanan kami singgah  sebentar untuk beli minuman kerana kehausan sekligus beli makanan lama juga aku dan untuk menjamah kerana sudah lapar berjalan begitu lama,  tiba aku dibilik aku baru sahaja hendak buka pintu aku tiba-tiba lihat beberapa kelibat pelajar kos lain dan jugak kos aku seolah-olah baru balik dari kelas untuk sesi pembelajaran ke dua aku beranikan diri untul bertanya salah sorang pelajar yang juga baru hendak membuka pintu bilik.

"Ashat aku nak p tanya sat depa tu pasal jadual kita ni", kataku pada rakanku itu.

"Haa pergi la tanye syiqin kalau ko berani aku takut haha",.dengan nada gelak betul2 berbeza lpghat kedah dan KL ni.. Kadang aku terikut dia sebab aku takut dia tak faham apa aku cakap sampai la aku rasa aku pulak yang kerek, padahal kawan aku tu faham je.

Aku beranikan diri untuk bertanya,...

""Erm.. Boleh tumpang tanya dak,  ermm.. Nak tanya ampa kos apa?? "" apalah soalan aku tu kan?? Pasti empunya badan merasa pelik dengan soalanku itu.

"kami kos sains geomatik.... ", dengan muka sinis dia menjawab, aku dengan muka tak bersalah aku teruskan pertanyaanku.

" Ampa nama apa? Group apa?? ",  itulah pertanyaanku, mungkin cara aku bertanya boleh membuat sesetengah orang tidak selesa denganku, namun itulah cara aku mengenali orang.

" Nama pikah.. Kos sains geomatik Ap120, "" katanya...

"Eh, samalah..

Tadi takdak kelas kan?? Kelas yang tiga jam batai kan?? Ampa dari mana?,"" perghh soalan aku tu makin buat dia menyampah la

"Eh, ada jaa..kelaih tadi, tak p ka?? ". Terkejut aku dia cakap ada kelas. Ya! Memang ada kelas aku dan kawan aku dah mula takut.

Rupanya aku ada kelas tadiii ya Allah!!  Aku sudah mula takut bermacam2 soalan aku tanya dia. Sehingga terciptanya  perkenalanku bertambah lagi rakan. Itu lah pengalaman hang tak akan aku lupakan. Begitu juga dengan sesi kelas keesokan hari dan seterusnya. Bermula. Pemberlajaran aku dengan kos yang aku tak berapa nak kenal ni.

Episod seterusnya sesi pembelajaran semester demi semester...

Next - - - - >kisahku di uitm..

Sesi pembelajaran aku kat uitm ni berjalan dengan baik dan aku suka kenal dengan kawan2 kelas aku semuanya sporting gila2 pulak tu.. Aku rapat dengan beberapa kepala gila ni, Suhana, pikah, ashat, mira dan mimi   haa dorang berempat  ni macam2 ragam tau haaa termasuklah aku,  aku ni kaki merajuk haha 😂, aku berkongsi suka dan duka dengan kwan2 aku ni la.. Dua orang tu lebih berusia sikit dari aku hertiga yang lain hehe, ok sambung part aku mula2 belajar pasal sains geomatik ni, mula-mula aku kenal subjek ni punya lah jenuh aku nak paham

Friday 18 December 2015

SeMINaR YaNG MEmBAwA eRTI

Pada hari ini aku ke seminar gema menceritakan 7HABITS,kat sana aku terjumpa saudara baru bernama kak huda dia mualaf baru 3tahun yang lalu..Alhamdulillah aku cuba untuk mndengar kisah penghijrahan beliau kerana aku sangat tertarik dengan perwatakan beliau.Beliau dengan senang hati menceritakan bahawa beliau mengkaji islam selama 6 tahun kerana beliau tertarik dengn keindahan islam,rakan-rakan beliau juga kebnyakkan melayu islam.setelah sekian lama beliau mengkaji islam Alamdulillah akhirnya beliau telah mendapat hidayah dari Allah S.W.T,,beliau begitu ikhlas mengenal islam subahanAllah..dan beliau berjaya memeluk islam Walaupun kesukaran yang beliau hadapi namun beliau percaya bahawa semua perlu lillahi ta'ala,,smuanya kerana Allah.aku sebak mendengarnya kerana sepanjg beliau memluk islam beliau berkata yang beliau bekerja di bawah syarikat cina.semasa beliau bekerja beliau di tentang oleh mjikan bahwa islam itu sama sahaja dengan smua agama..beliau sebak namun beliau gagah kerana beliau yakin dengan kewujudan Allah.beliau tahan kerana dimarah untuk menyembah Allah yang esa..Yang paling aku sedih apabila beliau menceritakan yang beliau terkejut bahwa semasa beliau meminta diri untuk solat..tiba2 sahaja beliau dihalang oleh seorang pekerja melayu yang beragama islam dan beliau berkata pekerja perempuan trsbut menyuruhnya agar solat di qada'kan ya Allah beliau sangat terkejut kerana wanita islam berkta begitu kerana beliau sudah sedia tahu "solat tidak perlu di qada'kan jika bukan terpaksa" apalagi wanita itu berrtudung.begitu beliau dihina kerana memeluk agama Allah..namun hati beliau tetap hanya Allah.beliau akhirnya bertemu jodoh dengn seorang lelaki kakitangan kerajaan kata beliau suaminya seorang pelajar tahfiz dahulu dan beliau bersyukur kerana selepas sahaja memeluk islam rezeki beliau semakin bertmbah,,dan beliau mersakan bahawa beliau seolah-olah lahir semula ke dunia begitu indah dan tenang sekali katanya.Alhamdulillah beliau berkata suami beliau lah yang banyak mengajr dan mendidik beliau dlam menghafaz Al-Quran dan beliau mengaku beliau menghafaz baru sampai 14 JUZUK,"YA ALLAH" aku sendiri pon 1 JUZUK  TAK LEPAS SUBANA ALLAH .selain beliau ke kelas agama walaupun beliau di tentang kerana memeluk islam dan dihina oleh orang melayu islam ya Allah hati beliau gagah untuk kuat.Namun paling aku sebAK bila beliau mengku bahawa "Ramai yang hidup cara islam tetapi tak mahu mati dalam islam"..ini semua kerana pengaruh duniawi.

MANUSIA BISA LALAI KERANA WANG DAN HARTA YA  ALLAH
MARILAH KITA MUHASABAH DIRI IN SHA ALLAH SEMAKIN KITA INGIN MENDEKATI YANG MAHA ESA SEMKIN ITU ALLAH CUBA MENGUJI TAHAP KESBARAN KITA.

Wednesday 4 November 2015

ALLAH LAH CINTA SEJATI KITA


kisah dipetik dari laman FACEBOOK MOHON SHARE


Dulu aku lg 2 bulan nk kawen. X tunang aku asyik mintak putus je... dia kat sabah. Aku kat k.l... aku keje mcm nk mampos, dia blh ckp kawan dia nmpak aku bercium kt KLCC... hape kejadahnye... then dia mintak putus.. aku memg dah xblh nk sabar.. aku pun putus dgn dia. 
Siap dia call mak aku yg tgh sakit, citer kt family aku kami dah putus. Mengamuk mak aku. 

Pastu dia paksa aku bagi 6K pada dia suruh bayar balik duit yg dia dah belanjakan pd aku selama 6 tahun kami kawan. Fine.. aku bagi duit tu.
Pastu mak dia call aku mintak RM 10K sb tanggung malu ank dia xkawen dgn aku. Eh.. hellooooo ko ingat aku keje nk suap mulut family ko ke?? Then aku report polis baru senyap dorang xganggu aku. 

Keesokannya bukan main nangis2 minta sambung balik. Xblh lupakn aku bagai.. sorry. Aku klau dah ludah xkan jilat balik. Dia dah porak perandakan hidup aku, maki hamun aku mcm2, pastu nk aku maafkn dia mcm tu je??

Sekarg aku bersyukur sgt aku kawen dgn suami yg amat baik dan memahami walaupun aku xkenal. Hihihi jumpa 3 kali je. Alhamdulillah apa yg berlaku ada hikmahnya.. 

Moral of the story, jgn menyintai seseorang lebih dari kita menyintai ALLAH. jika kita kecewa, ianya amat sakit sekali. Jika kita lebih menyintai ALLAH, maka jika kita kecewa, ALLAH tetap ada dlm hati. Wallahualam.

Sunday 25 October 2015

KiSaH KiTA


     Pertemuan yang singkat sangat membawa erti bagi wanita bernama erin, beliau dikenali sebagai perempuan yang gemar berbicara beliau seorang yang happy friendly..pertemuannya bersama jejaka yang sngat tidak disengajakan, mungkinkah itu takdir yang telah tertulis ,,kuasa Allah siapa sahaja tahu kan??erin tidak pernah mengenali mana-mana jejaka sebelum ini, sedangkan ramai jejaka lain yang ingin mengenalinya namun erin menolak erin tidak boleh menerima mereka kerana dia telah mersakan bahawa semua lelaki-lelaki itu hanya sekadar ingin mempermainkannya dan sangat gelojoh katanya.,mungkin sahaja erin fobia kerana masalah keluarganya dia menjadi fobia untuk mengenali mana-mana jejaka,namun kini erin bertemu dengan seorang jejaka ini yang lebih berusia berapa tahun sahaja darinya. erin tidak menyangka saat pertemuan itu dengan hanya pandagan dia telah tepikat untuk menjadi sahabat kepada jejaka itu. semasa perbincangan di meja makan bersama rakan-rakannya erin memerhatikan jejaka itu dengan berkata

"isshh lelaki ni mesti baik kan??"

namun erin masih menfikan andaiannya kerana dia tidak mahu mempercayai andainya sendiri.erin berharap dia dapat mengenali jejaka itu namun semasa dia ke tandas bersama temannya jejaka itu pon telah hilang dari pandangannya.erin tercari-cari kemanakah jejaka itu pergi sambil beristighfar... "Astagfirullah ha azim" erin sedar dia tidak boleh bersikap begitu.

sehingga akhirnya tiba-tiba sahaja erin mendapat pesanan ringkas dari jejaka itu dan erin sangat gembira maka hubungan persahabatan terjalin antara erin dan jejaka itu akhirnya terjalin jua..beliau sangat bahagia kerana dia tidak menyangka dia selesa bersahabt dengan jejaka tersbut kerana jejaka tersbut sangat baik terhadpnya.namun erin tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi kelak dia bakal kecewa. erin hanya menganggp jejaka itu sebgai sahabat sejati erin ingin menjadi sahabat jejaka itu dikala duka mahupun senang erin ingin ada disisi jejaka itu. namun takdir menulis lain mungkin  sikap erin yang tidak matang membuatkan jejaka itu pergi meninggalaknnya sehingga erin menyesal dan erin sangat menyesal kerana di saat dia ingin cuba membuka hatinya...namun kini erin menanggung kekecewaan yang hanya Allah sahaja yang tahu betapa dia menyesal kerana mersakan dia tidak menghargai jejaka itu. sehingga dia berkata

"Aku memang tidak pandai menjaga hati dan persaan orang kah???""

erin sangat sedih..namun erin sedar,,bahawa pasti ada hikmah disebalik pertemuan dan perpisahan itu..

"Mungkinkah ada hikmah disebalik pertemuan dan perpisahan ini???"kata erin sambil meniti jari jemarinya dengan hati yang gundah dan gelisah.

perkenalan yang sangat singkat mengajar erin untuk lebih matang mungkin sahaja setelah ini beliau bakal berubah??erin sedar dia juga telah leka mengejar cinta manusia sehingga dia lupa yang itu semua melalaikannya. kini erin setiasa berdoa agar jejaka itu kembali menjadi sahabatnya kerana dia hanya ingin bersahabat ..takdir tuhan siapa pun tidak bisa halang Allah tahu apa yang terbaik.dan erin tetap cuba untuk kuatkan hatinya yang lara kerana erin tahu bahawa tuhan sentiasa bersama dikala duka mahupun senang.


MAKA HARGAILAH ORANG YANG MENYAGIMU KERANA KAMU BAKAL MENYESAL SETELAH DIA TIADA LAGI DIDUNIA INI DAN PADA MASA ITU HANYA AIR MATA YANG MEMBASAHI PIPI.....

MENGEJAR CINTA MANUSIA ADALAH SIA-SIA KERANA CINTA MANUSIA BISA HABIS...KEJARLAH CINTA ALLAH KERANA ALLAH SENTIASA MENANTI KITA DAN ALLAH MAHA PENGAMPUN....


















Saturday 29 December 2012

Thursday 11 October 2012

KEKAYAAN CINTA!
CONTOH.................

suatu hari ada dua orang sang pecinta lagi sedang jatuh cinta...mereka saling sayang menyayangi antara satu sama yang lain sang lelaki tertarik dengan watak si sang perempuan.. yg tampk baik.suatu saat...sang lelaki sedang berjalan disuatu tempat,opss,,,tempat pertemuan yang sangat kebetulan..akhirnya dia jatuh hati pada sang perempuan.tapi sayangnya cintanya tidak terbalas akhirnya dia beputus asa.sedang dalam putus asa dia terserampak dengan dua orang pasangan kekasih yng sngt mesra gitu..akhirnya semangat dia porn terkobar-kobar macam orang nk pergi berperang akhirnya dia sanggup lakukan apa saja demi mendapatkan si sang perempuan akhirnya latar belakang perempuan itu dia rungkai ternyata perempuan tersebut adalah seorang perempuan yang sosial..huhhh,,,terus saja dia reject...lalu dia berkata
"Apa aku memang tak layak untuk punya kekasih?"
akhirnya datang seorang teman iaitu teman (gurlz)yang sering dekat dengannya temannya itulah selalu beri semngat untuk mnjalani hidop lebih baik .entah kenapa tiba-tiba sahaja dia merasakan bahawa temnnya itu sangat istimewa tanpa dia sedari ternyata dengan tidak sengaja akhirnya jatuh hati pada temannya ,temannya itu seorang perempuan yang sangat periang orangnya meskipun bnyak masalah namun tetap saja gembira bahakn sempat nasihati orang namun wlupun diri sendiri punya msalah.si sang lelaki ini tidak tahu cara untuk ungkpkan cintanya...sekali lagi dia ulang apa saja dia lakukan untuk mendapatkan temannya yang jauh lebih cntik dri si sang perempuan sebelumnnya oppss bukan saja kecantikan yng buat dia jatuh cinta tetapi watak perempuan tersebut seorang yag penyayang,penyabar,periang,apa yang paling dia suka ialah temannya itu pintar memasak...akhirnya mereka msing2 jtuh cinta segala kekurangan dan kelbihan di kongsi bersama harta,agama,pendidikan dan sebginya dikonsi bersama,,akhirnya ke gerbang perkhawinan,,,,namun perkhawinan mereka diganggu orang ketiga kerana kemunculan si sang perempuan tdi..adakah mereka bahagia???...dan cinta mereka tetap dikongsi bersama seperti dulu???...perkara ini memang sering didengari adakah kerana cinta yang penuh nikmat itu mampu mnghpuskan orang ketiga(TIADA DALAM KAMUS ORANG KETIGA)......ITULAH,,,,KAYANYA CINTA BILA KITA LIHAT,,,MACAM2 YANG KITA DAPT APA YNG TK DPT SEBLM NI PORN DPT,,,